logo2

 

Pengenalan

logo2

Persatuan Staf Islam Universiti Sains Malaysia (PSIUSM), ditubuhkan pada tahun 11 Februari 1985, dianggotai oleh staf-staf Islam yang berkhidmat di Universiti Sains Malaysia mempunyai visi dan objektif yang jelas iaitu menjadi medium untuk mengeratkan ikatan silaturahim di antara semua staf USM khususnya yang beragama islam. Sejak ditubuhkan, Persatuan Staf Islam telah menjalankan pelbagai aktiviti yang bermanfaat bukan sahaja dari sudut akademik dan kerohanian malah turut juga melibatkan aktiviti-aktiviti sukan yang memanfaatkan warga staf dan pelajar USM.

Persatuan ini mempunyai tiga jenis keanggotaan:

     a) Anggota biasa : Terdiri daripada semua staf Islam yang bekerja di Universiti Sains Malaysia

     b) Anggota bersekutu : i) Terdiri dari mereka yang pernah bekerja penuhmasa dengan Universiti Sains Malaysia

                                          ii) Suami atau isteri anggota biasa

     c) Anggota kehormat : Anggota yang dianugerahkan keanggotaan kepadanya, oleh kerana jasa yang diberikannya kepada persatuan ini

Permintaan untuk menjadi anggota persatuan dibuat melalui setiausaha dengan mengisi borang yang telah disediakan dan disokong oleh dua orang ahli. Tiap-tiap anggota biasa dan anggota bersekutu sewaktu masuk menjadi ahli hendaklah membayar yuran masuk sebanyak RM5.00. Anggota kehormat dikecualikan.

Yuran tahunan tertakluk kepada tingkatan pendapatan seperti berikut:

     a) RM2000.00 dan kebawah        - RM20.00 setahun

     b) RM2001.00 - RM4000.00       - RM30.00 setahun

     c) RM4001.00 - RM6000.00       - RM40.00 setahun

     d) RM6001.00 dan keatas            - RM50.00 setahun