23 Rejab 1439
10 April 2018
KEPADA SEMUA AHLI PERSATUAN STAF ISLAM UNIVERSITI SAINS MALAYSIA YANG BERDAFTAR
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Tuan/Puan,
NOTIS MUKTAMAR SANAWI PSI-USM KALI KE-33 BAGI SESI 2017/2018
Dengan penuh takzimnya perkara di atas adalah dirujuk.
Dimaklumkan bahawa PSI-USM akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-33 bagi sesi 2017-2018 berdasarkan butiran berikut:-
Tarikh : 25 April 2018 bersamaan 9 Shaaban 1439 (Rabu)
Masa : 9.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat : Dewan Bankuet, Canselori II
Sehubungan itu tuan/puan dijemput hadir bersama bagi menjayakan mesyuarat tersebut. Aturcara penuh Muktamar adalah seperti yang dilampirkan. Sebarang usul Muktamar bolehlah dihantar awal sebelum atau pada 22 April 2018 melalui emel ke alamat Setiausaha This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..
Makluman kepada ahli yang ingin membuat tuntutan sumbangan, tuan/puan bolehlah mengisi borang yang dilampirkan dan serahkan sebelum 22 April 2018. PSI-USM juga membuka keahlian kepada warga USM yang ingin mendaftar sebagai ahli persatuan dengan mengisi borang pendaftaran yang dilampirkan.
Segala kerjasama tuan/puan sangatlah dialu-alukan.
Sekian, terima kasih
والسلام
“Merentas Ukhuwah Melestari Ummah”
(ZAYD ZHARI)
Setiausaha
