logo2

 


  • psix

  • mpsi2018

  • webpsir


banner

Pertamanya kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi melayari laman web Persatuan Staf Islam ini. Laman web ini dibangunkan untuk membolehkan orang ramai  terutamanya daripada kalangan ahli untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan Persatuan Staf Islam. Kami mengharapkan agar anda dapat memperolehi maklumat yang berguna sepanjang melayari laman ini dan kami mengalu-alukan sebarang komen atau cadangan dari anda.

Persatuan Staf Islam Universiti Sains Malaysia (PSIUSM), ditubuhkan pada tahun 11 Februari 1985, dianggotai oleh staf-staf Islam yang berkhidmat di Universiti Sains Malaysia mempunyai visi dan objektif yang jelas iaitu menjadi medium untuk mengeratkan ikatan silaturahim di antara semua staf USM khususnya yang beragama islam. Sejak ditubuhkan, Persatuan Staf Islam telah menjalankan pelbagai aktiviti yang bermanfaat bukan sahaja dari sudut akademik dan kerohanian malah turut juga melibatkan aktiviti-aktiviti sukan yang memanfaatkan warga staf dan pelajar USM.